BLOG: LEPAT I BACANG I LENGKUAS I SUKUN I LALANG I MANGGIS I BAWANG I JAKAL I CIKU I NIK I CYAN I AZS
Custom Search

Sunday, January 31, 2010

KITORANG

Kitorang bekerja disebuah kompeni yang menerbitkan sebuah majalah kelakar yang diberi nama MAJALAH UJANG. Pakcik tak nak cerita banyak la..korang baca je la apakah sebenarnya majalah kelakar yang pakcik maksudkan ni..

UJANG-MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA
SEBUAH BIOLGRAFI



JANUARI 1994-HARI ITU DALAM TAWARIKH

“Kau,
Genggam perasaanku,
Bila kau hampir kepadaku,
Kemarau di dalam dada,
Basah bagaikan disirami,
Bayangmu,
Sekilas datang,
Menggangguku dalam lena,
Sulitnya memikirkan,
Perasaan ini,
Datang kau bawa,
Fenomena, di jiwa,
Fenomena, kau cipta,
Fenomena, indah amat mengasyikkan...”

Demikianlah bait-bait lagu Fenomena yang menjulang nama kumpulan Search pada tahun 1989. Kang sebut bait-bait korang ingat kumpulan Flybaits pulak. Kumpulan The Flybaits takde kena mengena dengan ini gambar. Lima tahun selepas itu suatu fenomena lagi tercetus. Bukan kemunculan fenomena El-Nino tapi kali ini dengan lahirnya Majalah UJANG yang nyata mengempar dan menggempakkan dunia kartun tanah air. Umpama gempa bumi, cuma tak tau berapa kiraan dalam richter aje. UJANG-begitulah nama yang diberi dan sememangnya ia sempena nama Kartunis Ujang atau nama sebenarnya, Ibrahim bin Anon yang menjadi tulang belakang dan tulang sumsum di sebalik penerbitan majalah ini. Kartunis Ujang sebelum itu telah pun mencipta nama bersama sebuah majalah humor tuut! (atau secara berterus terang, Gila-Gila) sebelum beralih angin satu badan (maksudnya menyerahkan seluruh jiwa dan raga) ke Kharisma Publications, syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan Majalah UJANG. Bersama barisan kartunis yang sudah mula mencipta nama , sedang mencipta nama dan baru nak mencipta nama, kelahiran majalah ini dilihat memberikan impak maksima dan mencetus fenomena kepada industri penerbitan tempatan tika dan saat itu. Jadi huraian ringkasnya atau konklusinya ketika itu, kemunculan atau bayangan Majalah UJANG mula menghantui perasaan para pembaca sehingga ke dalam lena kerana ia membuatkan si pembaca tak kering gusi, memanjang basah gigi ataupun tersenyum-senyum seorang diri.
Majalah UJANG menggunakan tagline Majalah Lawak Antarabangsa dan ia kekal hinggalah ke hari ini. Maskot majalah ini adalah seorang lelaki pertengahan usia yang di antara kelihatan gila, gila-gila, gila-gila bahasa, gila babas (terbabas gila), kurang siuman, tidak berapa waras, sewel, mana-mana satu, kesemuanya atau tiada satu pun daripada yang di atas dan Din Beramboi namanya (kemudian ia ditukar kepada nama Pak Cik Din atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri, luar negeri atau mungkin juga atas sebab kesihatan). Sekilas pandang ia nampak kontroversi biarpun hakikat sebenarnya diri beliau sememangnya versi kontrol hensem. Memandangkan nama Ujang sinonim sebagai gelaran untuk lelaki bujang di Negeri Sembilan maka sedikit sebanyak dialog atau bahasa yang digunakan menggunakan dialek negeri tersebut dan tidak terkecuali Pak Cik Din sendiri. Karakter Pak Cik Din ternyata berjaya menarik perhatian para pembaca dan diri beliau dilihat popular seiring dan sejalan (cam lagu Broery dan Kak Pah) dengan kepopularan majalah itu sendiri serta kartunis-kartunisnya.
Di awal kemunculannya majalah ini menghimpunkan kartunis yang sudah mencipta nama bersama mereka yang baru naik, yang sedang naik dan yang turun naik. Tak terkecuali ada juga yang tak berapa naik sampai ke sudah. Kartunis Gayour, Aie, Nik dan Imuda adalah di antara beberapa nama yang mula-mula menghasilkan karya ketika itu. Uniknya, lain-lain kartunis diberi nama baru, sama ada berdasarkan buah-buahan, tumbuh-tumbuhan ataupun makanan tempatan. Maka timbullah nama-nama kartunis seperti Jering, Bijan, Sukun, Duku, Ciku dan kemudian menjadi berpuluh macam nama lagi, ada yang kemudiannya tenggelam dan tak kurang yang tenggelam timbul. Antara kartunis yang pernah dan masih menaikkan nama majalah ini (serta majalah APO? dan Blues Selamanya) ialah (mengikut alphabet atau alifbata), sekadar catatan bak angin nan lalu ialah (yang tercicir sila masukkan nama)…:

A-Aie, Adonis, Ah Tuck, Aedes, Ah Liow, Are-U (kartunis perempuan)
B-Bawang, Bijan, Bacang, Belitong, Bendi, Buloh, Blue, Bop
C-Ciku, Cendawan, Cendol, Chang
D-Duku, Dedak, Daun Limau
E-
F-
G-Gayour, Genesis/Black Pepper, Gandum
H-Halia
I-Imuda
J-Jering, Jakalll, Joe Labu/Asan, Jambang
K-Keladi, Kangkung, Kunyit, Kobis Bunga, Kaktus/Piston, Kelinci, Kopi, Kuyup
L-Labu, Leen Mafia (perempuan), Lempeng, Lepat, Lalang, Lengkuas, Lambok
M-Manggis, Mona (perempuan), Murtabak
N-Nik, Niezam, Nizam Bachok, Norman
O-Oren
P-Papan, Pandan, Pisang, Petai, Puding, Pac
Q-Padi
R-Rambai, Retah, Rodin, Rudy
S-Sireh, Serai, Sawi, Sukun, Sagu, Spider, Sara (perempuan), Siak, She
T-Taugeh, Tembakau, Topan
U-Ujang, Ubi
V-Vikey
W-
X-
Y-Yaz Malee (pelukis cover & poster)
Z-Zoy
Majalah Ujang pertama terbit pada bulan Januari 1994 dan ia dijual dengan harga RM 2.20 senaskhah. Pada mulanya ia diterbitkan sebulan sekali tetapi tidak lama kemudian, ia dikeluarkan untuk dwi bulanan atau dua kali sebulan atau sebulan dua kali. Cover Majalah Ujang yang pertama memaparkan gambar karakter kartun Ujang bersama karakter Usop Sontorian dan rakan-rakannya (Abu dan Dol), karakter yang diambil daripada di antara siri animasi yang terawal disiarkan di kaca TV tempatan ketika itu. Naskhah nomor wahid, sulung (bukan Wahid Satay atau Yahya Sulong) atau pertama ini melampirkan (bukan Mak Lampir ye) komik Usop Sontorian secara percuma kepada pembaca.
Majalah ini memperkenalkan karya kartun dalam bentuk semuka-semuka dan inilah yang digelar Lawak Antarabangsa biarpun ada yang mempunyai tajuk tetap. Drama empat muka surat juga diperkenalkan untuk menarik minat pembaca di mana ada yang mempunyai penamat cerita dan ada yang bersambung di dalam keluaran berikutnya. Selain kartun, majalah ini juga memuatkan karya humor di dalam bentuk artikel dan di antara kolum tetap yang mula menghuni majalah pada awalnya termasuklah ruangan Asal-Usul, Berpantun Dengan Pak Cik Din, Cerita Satu Malam, Sudut Mari Bercerita, Cerihik, Karya Top, Bintang Barat, Temubual Eksklusif dan ruangan Pak Cik Din menjawab surat peminat, Hoi Pak Cik Din. Ruangan penulisan yang turut dikendalikan bersama oleh kartunis Ujang ini rata-ratanya begitu diminati kerana kelainan ideanya di samping idea-idea kelakar dan segar yang tercetus dari kepala otak beliau.
Majalah UJANG telah mendapat sambutan luar biasa daripada para pembaca serta peminat tidak kira kecik besar, tua muda dan tidak juga mengenal bangsa, keturunan atau etnik. Begitu pun golongan yang dikenalpasti sebagai golongan yang paling ramai membeli dan membaca majalah ini adalah para remaja ataupun pelajar, tak kiralah di sekolah, IPTA atau IPTS, jurusan atau course apa pun, course art & design, course architecture ataupun cosmetic (kosmetik). Ketika zaman kegemilangan atau kemuncaknya, majalah UJANG pernah mencatatkan jualan sebulan sehingga melebihi 100,000 naskhah. Hari ini, majalah UJANG turut dijadikan bahan rujukan ala-ala artifak di dalam proses penghasilan kartun, pembentukan karakter, teknik-teknik mewarna serta bentuk-bentuk stroke dalam lukisan kartun. Sang Kancil pun hidup aman dan damai bersama keluarganya sehinggalah ke akhir hayat (ni saja tambah ni, stail ending buku cerita kanak-kanak). TAMMAT.

4 comments:

  1. assalamualaikum.... Kenangan majalah pertama dlm ingatan ku ..kerana aku yg buat susunan jadi kan bandeng isu 1-10 dan hingga keluaran 75 ...perpisahan... antara Kharisma Publication Sdn Bhd ..dan ramai lari ikut Waria Lawak..Ke Selayang... tinggalah aku keseorangan.. di stor.. wisma plaza pengkalan bt 3 jln ipoh...,. rahmat sibuk dgn urusan arahan en othman hj yusof (belum Dato lagi) masa tu. permindahan pejabat dan tukar nama menjadi Moy Publication... ke usj 9.... 2003 aku telah berhneti kerja masa ni moy dah dpt dato....buta pertama kali kau memegang rm 1,537.000.00 di salah sebuah bank di the mall masa itu kharisma sedang kekosongnan jawatan... kebetulan dato dpt projek buat mesin scan Passport Antarabangsa sempadan dan lapangan terbang.. untuk pelancong dan warga negara untuk ke luar negara dan masuk sempadan.

    ReplyDelete
  2. teringat aku beli keluaran kedua..frust tak sempat beli yang pertama..duit pun blum ada lagi masa sekolah.

    ReplyDelete
  3. dulu nak naik bus bus kamunting mesti beli majalah ujang ngn ayaq tin.. naik bas baca laa gerlak sorang sorng . smpai pudu cari bus mini number 25 kot pi pandn umah sepupu.. happy sgt aku hidup tahun 90 an... dimana analog dah nak di tukar kedigital.. dimana kau x oerlu rogsoi org merakam kau ikut suka hati depa dan dimana janji itu ditepati , walaupon hanya ada public phone...

    ReplyDelete