BLOG: LEPAT I BACANG I LENGKUAS I SUKUN I LALANG I MANGGIS I BAWANG I JAKAL I CIKU I NIK I CYAN I AZS
Custom Search

Wednesday, March 17, 2010

Monday, March 15, 2010

AZS


Nama: Hairulasmah binti Abu Baker
Nama samaran: Azs
Email: hairulasmah@yahoo.com.my
Alamat: Dari Puchong ke Nilai Ke Pilah ke Bahau ke Rompin ke Pasir Besar ke Gugusan Palong ke Palong 2 ke rumah.
Hari diberanak: Sama tahun perlantikan Tun Mahathir jadi PM
Tempat beranak: Malaysia
Makan kesukaan: Asam
Minuman Tak kisah janji tak pedas
Mainan kesayangan: Takdo
Binatang kesukaan: Mentadakmentadu
Bacaan kesukaan: Meter air dan meter motor
Kenderaan kenaikan: NBH 5374
Hobi: Hobin jang hobin
Cita-cita: Merampas jawatan Cyan (Ketua Grafik)

SejarahHidup/Pengalaman
Malu ah nak cerita.

Pencapaian kerjaya
Berjaya merampas bilik Lengkuas selaku Pengarah Penerbitan Ujang.

Sepatah dua kata buat peminat
Jangan bagi orang pinjam majalah korang..suruh dia beli sendiri.

Thursday, March 11, 2010

CYAN


Nama: Khairuldzaman Salleh
Nama samaran: eja Cyan, sebut Yun
Email: aku_yun@yahoo.com.my
Alamat: Seksyen U10, Shah Alam, Selangor
Hari diberanak: 22 Mei 1965
Tempat beranak: Sijangkang, Klang
Makan kesukaan: Yang sedap
Minuman kegemaran: air
Mainan kesayangan: dah hilang
Binatang kesukaan: dah bebas
Bacaan kesukaan: surat kabo
Kenderaan kenaikan: kereta tempatan
Hobi: Buat kerja
Cita-cita: pucuk dicita, ulam mendatang...

SejarahHidup/Pengalaman
Dari mula kerja sampai sekarang dalam bidang grafik je... kompeni je bertukar.

Pencapaian kerjaya
Menghabiskan kerja ikut deadline dengan jaya.

Sepatah dua kata buat peminat
Baca, faham, hayat... selagi ada hayat.

Mat Despatch

Tuesday, February 9, 2010

QAYYUM

Nama: Nama panjang Rashdan nama pendek Dan Jumbo
Nama samaran:Nama besar Qayyum nama kecik Q
Email: Posto pun boleh
Alamat: No.8, Kampung Dusun (rumah Sarip Dol).
Hari diberanak: Hari Jumaat
Tempat beranak: Sama tempat lahir Ahmad Albab
Makanan kesukaan: Yang sebelum makan kena ambik bau dulu..lazat?
Minuman kegemaran: Jin n’ tonik
Mainan kesayangan: Bangsi hikmat
Binatang peliharaan: Binatang apa dia tunggang?
Bacaan kesukaan: Hikaya 1001 darham..eh..malam
Kenderaan kenaikan: Cam kereta Haji Bakhil..cantik bukan? Macam setan
Hobi: Saya suka main bola..hari-hari saya main bola
Cita-cita: Champion of screw

SejarahHidup/Pengalaman
Hidup susah mati pun susah..mati kena pegang bendela

Pencapaian kerjaya
Menjadi ahli mesyuarat tingkap. Lain-lain takde, kerja berat takut reput tulang..

Sepatah dua kata buat peminat
Lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan, apa salah lu sama-sama makan, semoga mati dalam iman

JAKALLL


Nama: Jakall Fitrah Alam Kediba
Nama samaran:JAKALL
Email: jakall_xgen@yahoo.com.my
Alamat: Err..malas la nak kasi korang
Hari diberanak: Hari Rabu sebelum subuh
Tempat beranak: Kat rumah mak bapak aku
Makan kesukaan: Nasik Ayam
Minuman kegemaran: Limau Ais / Kopi Tarik
Mainan kesayangan: Ho..Ho..banyak
Binatang kesukaan: Manggis
Bacaan kesukaan: Naruto, Pendekar Laut, Wira Tunggal
Kenderaan kenaikan: Ada 2..dua-dua aku suka bawak! Ha!..Ha!..
Hobi: Lompat atas Manggis
Cita-cita: Menjadi Manggis...

SejarahHidup/Pengalaman
Pernah wakil negeri lawan Tomoi..akibatnya sampai sekarang aku rasa urat otak belah kiri aku putus tak leh sambung dah.

Pencapaian kerjaya
Berjaya menyiapkan kartun.

Sepatah dua kata buat peminat
Kalau anda pergi ke kedai,
Belikan hamba sebaldi gula,
Gula yang banyak dijual dikedai,
Jangan la beli semua kalau tak orang lain nak bancuh air pakai apa?! Hah? Fakir la sikit!!!

MONA

Takde lagi

SUKUN

Takde lagi

PAPAN


Nama: Plywood
Nama samaran Papan
Email: plywood@holywood.com
Alamat: Kilang Papan Sawmill
Hari diberanak: Har..Har..Har..tak tau
Tempat beranak: Puchong Hardware
Makanan kesukaan: Mee segera masa duit takde..bila duit ada makan Steak, Udang Kara, Ayam golek dan berbagai lagi makanan yang mahal-mahal.
Minuman kegemaran Air masak masa duit takde..bila duit ada pun minum air masak nak jaga kesihatan la katakan.
Mainan kesayangan: Anai-Anai
Binatang peliharaan: Kumbang Kayu
Bacaan kesukaan: Kartun sendiri
Kenderaan kenaikan: Tumpang orang
Hobi: Bina badan
Cita-cita: Jadi Incredible Hulk

SejarahHidup/Pengalaman
Mempopularkan Lawak Ebestos

Pencapaian kerjaya
Berjaya mengharamkan penggunaan siling ebestos dalam pembinaan rumah..kini semua rumah menggunakan siling UAC. Siling Ebestos amat membahayakan kesihatan baca di Mesothelioma info

Sepatah dua kata buat peminat
Buat la rumah batu..nak buat rumah papan, papan dah mahal sangat sekarang.

BIJAN

Nama: Bukan kerana nama
Nama samaran:Bijan yer..bukan Bidan
Email: Tengok dalam Majalah Ujang
Alamat: Sebelah rumah Pakcik Husin
Hari diberanak: Hari ke 21
Tempat beranak: Negeri asal Temasik
Makanan kesukaan: Yang halal
Minuman kegemaran Pun yang halal gak
Mainan kesayangan: Taman permainan kanak-kanak
Binatang peliharaan: Cakcibo tapi tak dan seminggu dah meninggal
Bacaan kesukaan: Berita
Kenderaan kenaikan: Yang beroda
Hobi: Tengok berita
Cita-cita: Pembaca berita

SejarahHidup/Pengalaman
Pernah masuk berita radio

Pencapaian kerjaya
Menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Martha Stewed

Sepatah dua kata buat peminat
Mamak Majed pernah berkata “Pegang Majalah Ujang saja tarak guna, beli je la”

LALANG

Nama: Harulnizam Mahayuddin
Nama samaran:Lalang
Email: Takde
Alamat: Pun takde.
Hari diberanak: 08.08.1974
Tempat beranak: Hospital bersalin
Makanan kesukaan: Kalau orang belanja makan
Minuman kegemaran: Kalau ada orang buat air
Mainan kesayangan: Jongkang-jongket
Binatang peliharaan: Unta padang pasir
Bacaan kesukaan: Katalog perabot
Kenderaan kenaikan: Kenderaan beroda empat
Hobi: Tido
Cita-cita: Beli rumah banglo ada kolam renang

SejarahHidup/Pengalaman
Hidup ini umpama roda

Pencapaian kerjaya
Tak tercapai dek akal.

Sepatah dua kata buat peminat
Jangan serabutkan otak

CIKU

Takde lagi

BACANG


Nama: Mohamad Faisal
Nama samaran: Bacang
Email: bar_chunk@yahoo.com
Alamat: Moy Publications.
Hari diberanak: Hari Selasa
Tempat beranak: Kat rumah mak abah.
Makan kesukaan: Nestum
Minuman Yang tak merosakan akhlak.
Mainan kesayangan: Mainanlah
Binatang peliharaan: Iguana
Bacaan kesukaan: Diary
Kenderaan Banyak..ko nak yang mana satu?
Hobi: Mandi
Cita-cita: Angkasawan

SejarahHidup/Pengalaman
Orang nak lantik aku jadi ketua kampong..tapi aku tak nak.

Pencapaian kerjaya
Aku tak pandang semua tu..dunia semata-mata..huh!

Sepatah dua kata buat peminat
Do the right thing cos life is short

LEPAT


Nama: Encik Mohd Rozie Ngah
Nama samaran: Encik Lepat
Email: lepat75@yahoo.com.my
Alamat: Belakang Shell jalan nak pegi Bukit Jalil.
Hari diberanak: 11hb 1, tak tau hari apa.
Tempat beranak: Rumah bapak aku
Makan kesukaan: Yang mak aku masak
Minuman Yang bini aku buat
Mainan kesayangan: Yang anak aku main
Binatang kesukaan: Takde..malas
Bacaan kesukaan: Katalog Avon
Kenderaan kenaikan: Kadang-kadang naik motor, kadang-kadang tumpang orang.
Hobi: Datang ofis tido
Cita-cita: Jadi tokey atau along

SejarahHidup/Pengalaman
Pengalaman ngeri banyak la.

Pencapaian kerjaya
Berjaya dapat gaji tiap-tiap bulan.

Sepatah dua kata buat peminat
Hah!!! LAYAAANNN!!!

MANGGIS


Nama: Abedul Manggis bin Ismail
Nama samaran: Manggis
Email: manggis@streamyx.com
Alamat: Mana-mana masjid janji ada aircond.
Hari diberanak: Bulan 8..alaa sama tarikh dengan Angelina Jolie
Tempat beranak: Dalam bilik mak aku
Makan kesukaan: Apa-apa janji ada nasik
Minuman Neskepi Beng
Mainan kesayangan: Congkak 8 lubang
Binatang kesukaan: Lipan baka kembar 8
Bacaan kesukaan: Buku teks tatarakyat jilid2
Kenderaan Harimau jadian (saka).
Hobi: Takde
Cita-cita: Takde

SejarahHidup/Pengalaman
Lupa..banyak makan semut api

Pencapaian kerjaya
Dah takde cita-cita camana nak ada pencapaian..apa ke ***** soklan nih.

Sepatah dua kata buat peminat
AMIN

BAWANG

Takde lagi

NIK


Nama: Nik Mohammad Wafdi bin Nik Jaafar
Nama samaran:Nik (kat ofis) Yang / Papa (kat rumah)
Email: nik@moy.com.my
Alamat: No.21, Taman Meru Makmur 2, Meru, Klang, Selangor.
Hari diberanak: 2 Julai 1971
Tempat beranak: Kuala Lumpur
Makanan kesukaan: Makanan halal
Minuman kegemaran: Minuman lembut
Mainan kesayangan: Mainan kanak-kanak
Binatang peliharaan: Ikan Laga
Bacaan kesukaan: Ujang dan Apo
Kenderaan kenaikan: MAG 6622
Hobi: Dah takde..dulu minat melukis
Cita-cita: Dah takde..dulu nak jadi pelukis

SejarahHidup/Pengalaman
Biar la rahsia

Pencapaian kerjaya
Belum capai apa-apa.

Sepatah dua kata buat peminat
Bacalah..Jangan lupa SOLAT!!

LENGKUAS

Nama: Lengkuas lee
Nama samaran:Lengkuas jugak
Email: Macam kat Majalah Ujang lee
Alamat: Macam dalam IC lee.
Hari diberanak: Macam ditulis dalam surat beranak lee
Tempat beranak: Macam ditulis dalam surat beranak la jugak
Makanan kesukaan: Yang halal
Minuman kegemaran Yang halal la jugak
Mainan kesayangan: Anak kambing
Binatang peliharaan: Kambing Gurun
Bacaan kesukaan: Baca meter air
Kenderaan kenaikan: Aku duduk orang lain bawak
Hobi: Bawak motor 40km/sjm
Cita-cita: Nak bela kambing gurun secara pawah

SejarahHidup/Pengalaman
Pernah bela lembu Australia tapi tak Berjaya sebab lembu belum matang aku dah jual

Pencapaian kerjaya
Belum Berjaya lagi selagi kambing gurun aku belum besar.

Sepatah dua kata buat peminat
Kalau nak bela lembu atau kambing sila buat kandang dulu dan jangan bagi makan dedak ayam

Sunday, January 31, 2010

APAHAL?

Nak ajak kitorang lawan bola? lawan futsal? makan kenduri? pegi promosi? atau apa saja hal-hal yang memerlukan kitorang melibatkan diri, buleh hubungi kitorang.

Sila hubungi pegawai peribadi Pakcik iaitu encik Najib 03-80242660 Fax: 03-80242602 Email:majalahujang@gmail.com

Surat menyurat:MOY PUBLICATIONS SDN. BHD. 22&22A, Jalan USJ 21/4, USJ City Centre 1, 47630 UEP Subang Jaya, Selangor.

KONTEK


Kitorang boleh dihubungi dialamat dibawah:

MOY PUBLICATIONS SDN. BHD. 22&22A, Jalan USJ 21/4, USJ City Centre 1, 47630 UEP Subang Jaya, Selangor.
Talipon:03-80242660
Fax:03-80242602
Email:majalahujang@gmail.com
-----------------------------------------------------------------------
Cawangan ofis pakcik diperingkat antarabangsa:
------------------------------------------------
288 Sugar Brook Court, Aston Road, Bromsgrove, Worcestershire, Bukit Jelutong 41322 England.
Talipon: 44 (0)15327 83744784
-------------------------------------
1696Do Thran Houng Dao Street, Floor 13, Dist .1, HCMC, Hulu Langat 37798 Vietnam.
Talipon:(08) 540214 5404

KITORANG

Kitorang bekerja disebuah kompeni yang menerbitkan sebuah majalah kelakar yang diberi nama MAJALAH UJANG. Pakcik tak nak cerita banyak la..korang baca je la apakah sebenarnya majalah kelakar yang pakcik maksudkan ni..

UJANG-MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA
SEBUAH BIOLGRAFI



JANUARI 1994-HARI ITU DALAM TAWARIKH

“Kau,
Genggam perasaanku,
Bila kau hampir kepadaku,
Kemarau di dalam dada,
Basah bagaikan disirami,
Bayangmu,
Sekilas datang,
Menggangguku dalam lena,
Sulitnya memikirkan,
Perasaan ini,
Datang kau bawa,
Fenomena, di jiwa,
Fenomena, kau cipta,
Fenomena, indah amat mengasyikkan...”

Demikianlah bait-bait lagu Fenomena yang menjulang nama kumpulan Search pada tahun 1989. Kang sebut bait-bait korang ingat kumpulan Flybaits pulak. Kumpulan The Flybaits takde kena mengena dengan ini gambar. Lima tahun selepas itu suatu fenomena lagi tercetus. Bukan kemunculan fenomena El-Nino tapi kali ini dengan lahirnya Majalah UJANG yang nyata mengempar dan menggempakkan dunia kartun tanah air. Umpama gempa bumi, cuma tak tau berapa kiraan dalam richter aje. UJANG-begitulah nama yang diberi dan sememangnya ia sempena nama Kartunis Ujang atau nama sebenarnya, Ibrahim bin Anon yang menjadi tulang belakang dan tulang sumsum di sebalik penerbitan majalah ini. Kartunis Ujang sebelum itu telah pun mencipta nama bersama sebuah majalah humor tuut! (atau secara berterus terang, Gila-Gila) sebelum beralih angin satu badan (maksudnya menyerahkan seluruh jiwa dan raga) ke Kharisma Publications, syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan Majalah UJANG. Bersama barisan kartunis yang sudah mula mencipta nama , sedang mencipta nama dan baru nak mencipta nama, kelahiran majalah ini dilihat memberikan impak maksima dan mencetus fenomena kepada industri penerbitan tempatan tika dan saat itu. Jadi huraian ringkasnya atau konklusinya ketika itu, kemunculan atau bayangan Majalah UJANG mula menghantui perasaan para pembaca sehingga ke dalam lena kerana ia membuatkan si pembaca tak kering gusi, memanjang basah gigi ataupun tersenyum-senyum seorang diri.
Majalah UJANG menggunakan tagline Majalah Lawak Antarabangsa dan ia kekal hinggalah ke hari ini. Maskot majalah ini adalah seorang lelaki pertengahan usia yang di antara kelihatan gila, gila-gila, gila-gila bahasa, gila babas (terbabas gila), kurang siuman, tidak berapa waras, sewel, mana-mana satu, kesemuanya atau tiada satu pun daripada yang di atas dan Din Beramboi namanya (kemudian ia ditukar kepada nama Pak Cik Din atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri, luar negeri atau mungkin juga atas sebab kesihatan). Sekilas pandang ia nampak kontroversi biarpun hakikat sebenarnya diri beliau sememangnya versi kontrol hensem. Memandangkan nama Ujang sinonim sebagai gelaran untuk lelaki bujang di Negeri Sembilan maka sedikit sebanyak dialog atau bahasa yang digunakan menggunakan dialek negeri tersebut dan tidak terkecuali Pak Cik Din sendiri. Karakter Pak Cik Din ternyata berjaya menarik perhatian para pembaca dan diri beliau dilihat popular seiring dan sejalan (cam lagu Broery dan Kak Pah) dengan kepopularan majalah itu sendiri serta kartunis-kartunisnya.
Di awal kemunculannya majalah ini menghimpunkan kartunis yang sudah mencipta nama bersama mereka yang baru naik, yang sedang naik dan yang turun naik. Tak terkecuali ada juga yang tak berapa naik sampai ke sudah. Kartunis Gayour, Aie, Nik dan Imuda adalah di antara beberapa nama yang mula-mula menghasilkan karya ketika itu. Uniknya, lain-lain kartunis diberi nama baru, sama ada berdasarkan buah-buahan, tumbuh-tumbuhan ataupun makanan tempatan. Maka timbullah nama-nama kartunis seperti Jering, Bijan, Sukun, Duku, Ciku dan kemudian menjadi berpuluh macam nama lagi, ada yang kemudiannya tenggelam dan tak kurang yang tenggelam timbul. Antara kartunis yang pernah dan masih menaikkan nama majalah ini (serta majalah APO? dan Blues Selamanya) ialah (mengikut alphabet atau alifbata), sekadar catatan bak angin nan lalu ialah (yang tercicir sila masukkan nama)…:

A-Aie, Adonis, Ah Tuck, Aedes, Ah Liow, Are-U (kartunis perempuan)
B-Bawang, Bijan, Bacang, Belitong, Bendi, Buloh, Blue, Bop
C-Ciku, Cendawan, Cendol, Chang
D-Duku, Dedak, Daun Limau
E-
F-
G-Gayour, Genesis/Black Pepper, Gandum
H-Halia
I-Imuda
J-Jering, Jakalll, Joe Labu/Asan, Jambang
K-Keladi, Kangkung, Kunyit, Kobis Bunga, Kaktus/Piston, Kelinci, Kopi, Kuyup
L-Labu, Leen Mafia (perempuan), Lempeng, Lepat, Lalang, Lengkuas, Lambok
M-Manggis, Mona (perempuan), Murtabak
N-Nik, Niezam, Nizam Bachok, Norman
O-Oren
P-Papan, Pandan, Pisang, Petai, Puding, Pac
Q-Padi
R-Rambai, Retah, Rodin, Rudy
S-Sireh, Serai, Sawi, Sukun, Sagu, Spider, Sara (perempuan), Siak, She
T-Taugeh, Tembakau, Topan
U-Ujang, Ubi
V-Vikey
W-
X-
Y-Yaz Malee (pelukis cover & poster)
Z-Zoy
Majalah Ujang pertama terbit pada bulan Januari 1994 dan ia dijual dengan harga RM 2.20 senaskhah. Pada mulanya ia diterbitkan sebulan sekali tetapi tidak lama kemudian, ia dikeluarkan untuk dwi bulanan atau dua kali sebulan atau sebulan dua kali. Cover Majalah Ujang yang pertama memaparkan gambar karakter kartun Ujang bersama karakter Usop Sontorian dan rakan-rakannya (Abu dan Dol), karakter yang diambil daripada di antara siri animasi yang terawal disiarkan di kaca TV tempatan ketika itu. Naskhah nomor wahid, sulung (bukan Wahid Satay atau Yahya Sulong) atau pertama ini melampirkan (bukan Mak Lampir ye) komik Usop Sontorian secara percuma kepada pembaca.
Majalah ini memperkenalkan karya kartun dalam bentuk semuka-semuka dan inilah yang digelar Lawak Antarabangsa biarpun ada yang mempunyai tajuk tetap. Drama empat muka surat juga diperkenalkan untuk menarik minat pembaca di mana ada yang mempunyai penamat cerita dan ada yang bersambung di dalam keluaran berikutnya. Selain kartun, majalah ini juga memuatkan karya humor di dalam bentuk artikel dan di antara kolum tetap yang mula menghuni majalah pada awalnya termasuklah ruangan Asal-Usul, Berpantun Dengan Pak Cik Din, Cerita Satu Malam, Sudut Mari Bercerita, Cerihik, Karya Top, Bintang Barat, Temubual Eksklusif dan ruangan Pak Cik Din menjawab surat peminat, Hoi Pak Cik Din. Ruangan penulisan yang turut dikendalikan bersama oleh kartunis Ujang ini rata-ratanya begitu diminati kerana kelainan ideanya di samping idea-idea kelakar dan segar yang tercetus dari kepala otak beliau.
Majalah UJANG telah mendapat sambutan luar biasa daripada para pembaca serta peminat tidak kira kecik besar, tua muda dan tidak juga mengenal bangsa, keturunan atau etnik. Begitu pun golongan yang dikenalpasti sebagai golongan yang paling ramai membeli dan membaca majalah ini adalah para remaja ataupun pelajar, tak kiralah di sekolah, IPTA atau IPTS, jurusan atau course apa pun, course art & design, course architecture ataupun cosmetic (kosmetik). Ketika zaman kegemilangan atau kemuncaknya, majalah UJANG pernah mencatatkan jualan sebulan sehingga melebihi 100,000 naskhah. Hari ini, majalah UJANG turut dijadikan bahan rujukan ala-ala artifak di dalam proses penghasilan kartun, pembentukan karakter, teknik-teknik mewarna serta bentuk-bentuk stroke dalam lukisan kartun. Sang Kancil pun hidup aman dan damai bersama keluarganya sehinggalah ke akhir hayat (ni saja tambah ni, stail ending buku cerita kanak-kanak). TAMMAT.